Friday, 3 February 2017
Friday, 25 November 2016
Tak Tahan Kontroversi Gegar Vaganza: Suami Nora, Johan Nawawi Mengamuk !
Gegar Vaganza sememangnya program realiti paling menjadi fenomena masa ini dan ramai yang menontonnya.
Selain menaikkan nama penyanyi 'lama', Gegar Vaganza juga sering mencetuskan kontroversi antara pengacara, juri dan juga peserta.
Kontroversi terbaru, ada yang mengatakan peserta GV3 musim ini, Nora dapat layanan ‘istimewa’ dari pihak produksi.
Ini disebabkan Nora dapat menukar lagu dari genre dangdut ke genre rock pada minggu keenam konsert Gegarvaganza 3.
Malahan Nora juga bakal menyanyikan lagu sendiri pada minggu separuh akhir.
Tak puas hati dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan pada Nora, suaminya Johan Nawawi telah berang dan tampil beri amaran.
Menurut laporan Harian Metro, Johan Nawawi akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna laman sosial media yang melemparkan fitnah kepada dia dan juga isterinya, Nora.
Malah, Johan juga sudah mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Ini kenyataan Johan Nawawi:
Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.
Sebenarnya isu ni tercetus pada minggu lalu bila Nora menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu ke-6 Gegarvaganza. Tambah lagi kurang senang orang ramai bila Nora diberi tugasan untuk menyanyikan lagu sendiri berjudul ‘Sandiwara’ pada minggu ni.
Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa, itu saya okey lagi. Tapi apabila sampai tahap memfitnah itu sangat keterlaluan.
Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut.
Johan tidak menyukai perkara sebegini apatah lagi anak-anak mereka turut membaca komen ‘kurang ajar’ tersebut.
Sumber: Harian Metro & BeritaMemey.blogspot.com
(3 Gambar) Jenazah Masih Elok Dalam Balutan Kapan Ditemui, Dipercayai Sudah 2 Tahun Dikebumikan
PONTIAN: Sekumpulan penduduk yang membantu menjalankan kerja-kerja menggali semula kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat di sini terperanjat besar apabila menemui dua jenazah yang tidak reput dan masih lagi sempurna, lapor Sinar Harian.
Salah satu mayat jenazah dipercayai milik bekas ketua kampung masih lagi elok di dalam balutan kain kapan walaupun sudah dua tahun dikebumikan.
Penghulu Mukim Serkat, Roslan Bohari berkata, jenazah tersebut dikenali sebagai Abdullah Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 2014.
“Kebanyakkan jenazah sudah pun mereput. Bagaimanapun, jenazah bekas ketua kampung itu yang meninggal dunia pada tahun 2014 lalu masih dalam balutan kain kapan,” katanya. dipetik laporan Kosmo.
Kubur-kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serkat Barat berkenaan digali semula untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan baharu dari Permas ke Tanjung Piadari Permas.
Kerja-kerja penggalian kubur ini diketuai oleh Pejabat Agama Daerah dengan dibantu agensi berkaitan serta penduduk kampung bermula tiga hari lalu dan selesai semalam.
Penyebaran gambar jenazah yang masih dalam kain balutan tersebut menjadi perhatian apabila ia menjadi viral di laman sosial sejak kerja-kerja penggalian semula kubur dilakukan. - Siakapkeli.my
Inilah Kata-Kata Ketua Sami Myanmar Hingga Menyebabkan Umat Islam Rohingya DISEKSA & DIBUNUH
Naypyidaw – Beribu-ribu orang Rohingya melarikan diri dari tempat asal mereka di Myanmar. Kaum Rohingya yang majoriti Muslim memilih mati di negeri orang berbanding bertahan di negara majoriti Buddha itu.
Rupanya, seorang sami Buddha menjadi dalang di balik neraka bagi kaum Rohingya. Sami bernama Ashin Wirathu itu menyebarkan kebencian ke tengah masyarakat Myanmar. Dia menanamkan ketakutan suatu apabila kelompok Muslim minoriti akan menguasai negara yang dulu dikenali dengan nama Burma itu.
Kemunculan Ashin Wirathu
Sepuluh tahun lalu, orang ramai belum pernah mendengar nama sami dari Mandalay tersebut. Lelaki kelahiran 1968 itu tamat sekolah pada usia 14 tahun. Selepas itu, dia membuat keputusan untuk menjadi sami.
Nama Ashin Wirathu melekat selepas dia terlibat dalam kumpulan pelampau antimuslim “969” pada 2001. Oleh kerana aksinya, pada 2003 dia dihukum 25 tahun penjara. Walau bagaimanapun, pada 2010 dia sudah dibebaskan bersama dengan tahanan politik lain.
Ashin Wirathu Jadi Tokoh Masyarakat
Selepas peraturan Kerajaan Myanmar melonggar, Ashin Wirathu makin aktif bersuara di media sosial. Ashin menyebarkan mesej melalui rakaman ceramah yang dimuat naik di YouTube dan Facebook. Sampai saat ini, dia berjaya menarik 37 ribu pengikut.
Pada 2012, ketika pertumpahan darah antara Rohingya dan Buddhis berlaku di Wilayah Rakhine, Ashin semakin dikenali dengan pidato penuh amarahnya.
Ceramah dia selalu dimulai dengan kalimat yang berbunyi, “Apa juga yang kamu lakukan, lakukanlah sebagai seorang nasionalis”. Ketika ditanya, apakah dia adalah “Bin Laden Burma”, lelaki itu tidak perlu hidup.
Keinginan Ashin Wirathu
Ashin Wirathu menyebarkan ajaran kebencian dalam setiap ceramahnya. Dia selalu mensasarkan komuniti Muslim, seringkali dia memalukan Rohingya. Lelaki inilah yang memimpin demonstrasi yang mendesak orang-orang Rohingya dipindahkan ke negara ketiga.
Ashin juga mengkambinghitamkan kaum Muslim atas pertengkaran yang terjadi. Dia terus mengulang alasan tak masuk akal soal tahap pembiakan Muslim yang tinggi.
Sami itu mendakwa perempuan Buddhis dipaksa pindah agama. Dia memimpin kempen yang mendesak Kerajaan Myanmar mengeluarkan peraturan yang melarang perempuan Buddhis berkahwin dengan lelaki beragama lain tanpa izin pemerintah.
Lawan Ashin Wirathu
Ashin memimpin sekelompok massa yang berani melakukan kekerasan demi mempertahankan pandangannya. Pengaruh kuat Ashin menyebabkan setiap orang yang berbeza pandangan akan menjadi sasaran penyokongnya.
Masyarakat sesungguhnya takut dengan kekejaman kumpulan Ashin. Namun, Ashin tetap mendapat sokongan ramai orang mengenai status kewarganegaraan Rohingya.
Tanggapan Sami Lain-lain
Banyak orang ingat peristiwa pada 2007 di Myanmar. Saat itu, para sami buddha memimpin perlawanan terhadap kekuasaan tentera di Myanmar. Pautan Ashin saat itu tidak mendapat sokongan ramai orang.
Namun, banyak sami di Myanmar yang memilih mendiamkan menghadapi Ashin. Sebahagian yang lain, takut diserang Ashin. Sukar untuk meramalkan berapa kuat pengaruh Ashin di kalangan sami-sami.
Ashin Wirathu memimpin lebih dari 2,500 sami di biara Mandalay. Apabila ia mengadakan persidangan mengenai perlindungan perempuan, para sami memenuhinya.
Beberapa sami melontarkan kritikan atasnya. Seorang sami bernama U Ottara mengaku terkejut mendengar komen-komen yang disampaikan para sami.
“Saya berasa sangat sedih. Saya boleh beritahu, kata-kata yang mereka ucapkan bukanlah kata-kata yang digunakan seorang sami,” kata Ashin kepada BBC, Rabu (20/5/2015). Beberapa sami bimbang bila kekejaman Ashin ditangkap dunia antarabangsa sebagai perwakilan ajaran Buddha.
Alasan Kerajaan Myanmar Tidak Hentikan Ashin Wirathu
Setelah hampir setengah abad dikuasai tentera, kini Myanmar dipimpin oleh orang awam. Namun, pertengkaran antar agama melambatkan reformasi negara itu.
Sebahagian orang percaya, Ashin diterima kerajaan kareana dia menyuarakan pendapat soal pandangan-pandangan hebat, misalnya soal Rohingya. Ashin seolah menjadi corong kerajaan yang tidak boleh menyuarakan keinginannya sendiri kerana alasan diplomatik.
Tanggapan Wanita Myanmar
Kaum wanita Myanmar adalah satu-satunya kumpulan yang konsisten menentang pandangan Ashin Wirathu. “Dia memberi reputasi buruk untuk negara kita. Dia mencemarkan jubah sami yang dia gunakan,” kata Setiausaha Agung Liga Perempuan Burma, Tin Tin Nyo.
Dia juga berkata, kempen Ashin Wirathu yang mengusulkan peraturan yang menghadkan perempuan berkahwin dengan penganut agama lain, bukanlah bentuk perlindungan perempuan melainkan bentuk kawalan atas perempuan.
“Perempuan boleh memutuskan sendiri siapa yang ingin dia berkahwin. Perempuan boleh memilih sendiri agama yang ingin dianuti,” kata Tin Tin Nyo.
Kredit: http://sehinggit.blogspot.my
Kredit: http://sehinggit.blogspot.my
Inilah Sebab Mengapa Pasi (Dakwat) Sotong Adalah Najis. Kongsikan Supaya Ramai Tahu Hukum Masak Sotong Dengan Pasinya...
KUALA LUMPUR - Kecoh di laman Facebook perkongsian resepi masakan popular tentang perkongsian seorang ahlinya, Sotong Masak Hitam, yang menimbulkan pelbagai persoalan ramai, apakah hidangan itu selamat untuk dimakan?
Gambar yang dimuat naik seorang individu mendakwa, sotong itu dimasak dengan pasi (dakwat) sotong yang menjadikan hidangan itu nampak kehitaman.
Beberapa netizen yang lain turut mengakui pernah memasak dan memakan hidangan itu. Malah, mereka mengakui resepi itu sedap tak terkata.
Bagaimanapun, semakan beberapa netizen yang lain di laman e-Fatwa mendapati, pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama.
Cecair itu juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan sotong dan orang yang mempunyai selera normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.

Sistem Badan Sotong

Gambar yang dikongsikan oleh netizen merujuk hukum memakan sotong tanpa dibuang pasinya.
Bagaimanapun, pencarian melalui enjin pencarian Google mendapati maklumat berkenaan pasi sotong pernah disiarkan di laman e-Fatwa. Namun apabila ditekan, tiada sebarang maklumat yang dipaparkan.

Sumber: DarulNuman
Menurut laman Darulnuman.com pula, hukumnya pula adalah makruh kerana dibimbangi cecair itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan.

Sumber - Kemusykilan Agama
Semakan di laman Kemusykilan Agama pula menyatakan bahawa pengguna perlu merujuk kepada Pegawai Teknologi Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan ia tidak memberikan kemudaratan kepada kesihatan.
Sumber: The Reporter
Bolehkah Kita berWUDHU' Dalam Tandas Sedangkan Tandas Adalah Tempat Kita BERHADAS?? Ini Jawapannya Jom Baca
Apakah hukumnya untuk seseorang itu mengambil wudhu’ di dalam tandas atau bilik air? Suasana rekabentuk rumah dan bangunan masa kini tidak meninggalkan kita sebarang pilihan kecuali berwudhu’ di dalam bilik air. Semasa berwudhu’ di dalam bilik air, adakah dibolehkan kita menyebut nama Allah ketika melafazkan niat, begitu juga membaca zikir-zikir dan doa-doa khas ketika membasuh setiap anggota wudhu ?
Jawapan:
Pertama: Apakah hukum mengambil wudhu’ dalam bilik air ?
Tidak mengapa jika seseorang mengambil wudhu’ dalam bilik air yang dipisahkan tandasnya. Namun jika bilik air dan tandas didirikan bersama tanpa sebarang pemisah, maka sebaik-baiknya diusahakan agar tidak berwudhu’ di situ kerana wudhu’ dalam Islam adalah merupakan satu bentuk ibadah dan semua ibadah hendaklah dilakukan di tempat yang bersih dan terpelihara. Lebih dari itu bilik air yang bertandas adalah tempat yang digunakan untuk menunaikan hajat besar dan kecil, maka dikhuatiri seseorang itu akan terkena najis ketika dia sedang berwudhu’.
Jika seseorang itu tidak memiliki pilihan, maka dibolehkan dia berwudhu’ dalam bilik air yang bertandas dan wudhu’nya tetap sah. Hendaklah dia perhatikan adab-adab memasuki bilik air dan menjaga dirinya daripada terkena sebarang najis.
Kedua: Bolehkah kita menyebut nama Allah dan berzikir dalam bilik air ?
Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Seorang lelaki berjalan di hadapan Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam sedang di saat itu baginda membuang air kecil, lelaki itu memberi salam kepada baginda namun baginda tidak menjawabnya. [Sahih Muslim – no: 370]
Dalam sebuah hadis daripada al-Muhajir bin Qunfudz radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Aku datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda sedang buang air kecil, lalu aku mengucapkan salam kepadanya namun baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwudhu’, kemudian baginda meminta maaf kepadaku dan bersabda:
“Sesungguhnya aku tidak suka berzikir kepada Allah Ta‘ala kecuali dalam keadaan suci.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Imam Nawawi dalam al-Adzkar (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1997), 1/65, no: 70.
Dari hadis ini berkata Imam Nawawi: Teman-teman kami mengatakan, adalah makruh mengucapkan salam (kepada seseorang yang sedang menunaikan hajatnya). Jika seseorang mengucapkan salam kepadanya, dia tidak berhak menjawabnya. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Umar dan al-Muhajir yang telah dinyatakan sebelum ini. [ibid, ms 33]
Berdasarkan hadis di atas dan melalui kaedah qiyas, dimakruhkan bagi seseorang untuk menyebut nama Allah atau berzikir ketika dia sedang menunaikan hajatnya, sama ada hajat besar atau hajat kecil. Namun diperselisihkan hukumnya bagi seseorang yang berada di dalam bilik air bertandas dan tidak menunaikan hajat besar atau kecil, adakah dia dibolehkan menyebut nama Allah dan berzikir ?
Pendapat pertama berkata boleh kerana hadis di atas khusus kepada suasana orang yang sedang menunaikan hajatnya sahaja. Pendapat kedua berkata ia tetap makruh kerana suasana bilik air yang bertandas bukanlah tempat yang sesuai untuk disebut nama Allah dan berzikir kepadaNya, sebagaimana tidak sesuai bagi seseorang yang sedang menunaikan hajatnya untuk melakukan yang sedemikian. Pendapat yang kedua adalah yang terpilih, Allah sahaja yang mengetahuinya.
Imam Nawawi menambah, dibolehkan berzikir umpama menyebut Hamdalah ketika bersin di dalam bilik air sekalipun ketika menunaikan hajat jika zikir tersebut adalah di dalam hati dan tidak disebut dengan lisan. [ibid, ms 33]
Adapun membaca lafaz niat, zikir dan doa ketika berwudhu’, hal ini tidak ditemui contohnya daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Maka sebaiknya semua ini ditinggalkan tanpa mengira sama ada di dalam bilik air atau tidak. Yang dituntut hanyalah membaca Basmalah di permulaan wudhu’ sebagaimana perintah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam:
Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwudhu’ dan tidak ada wudhu’ bagi orang yang tidak menyebut nama Allah ke atasnya (ketika mengerjakannya) .
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain dengan beberapa lafaz yang berbeza tetapi memiliki erti yang sama. Ia diriwayatkan melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan, namun ia saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat tarafnya ke darjat hasan lighairihi.
Sumber: ibnu Hajar al-Asqalani: Talkish al-Habir (Maktabah Nazar Mustofa al-Baz, Makkah 1996), 1/107-112, no: 70 dan Nasiruddin al-Albani: Irwaa’ ul-Ghaleel (Maktabah al-Islami, Beirut 1985), 1/122, no: 81
Kredit: http://sehinggit.blogspot.my
Kredit: http://sehinggit.blogspot.my
Subscribe to:
Comments (Atom)







